Thursday, June 9, 2011

Susah~~~Susah ker Nak Faham!!

Aku nk merepek ape ni pon aku xtau.....Just nk share ajer...
ahakssssss....

Dalam keadaan yg tenang & santai2....tetiba....AKU....

receive sms........

N.A    : Awk xpaham keadaan saye

Aku~~~~~ ape mamat nie??? ape yg aku xpaham ek??? ni mesti kes smlm....aku baru nk reply die dh call...
Aku~~~~~huh!!! xnyabor2 lah mamat nie.....

(On the phone aku & dia : bla..bla...bla.....ok...ok...tp...bla...bla....ok...bye) = ntah berape minit xingt...

Ingatkan dh abis dh conversation kat phone ade c'tnue ler plaksssss....

receive sms..........

N.A    : Semalam kalau lepas saya antar msj nk resign tu, kalau awk ckp jgn...sy xblik....awk pujuk....Tinggal  
             awk jer kekuatan saya....tp msj yg saya terima x seperti yg saya harapkan...

Aku    : Hahahahahaha.....Tapi saya salah 1 penyebabkan....

N.A    : Saya x salahkan awk...Just nak share jer...Tapi dh xpro dh sebab saya libatkan feeling saya kat  
             awk

Aku    : Hahahhahaha....alah xpelah....benda dh jadi pon kan...so kene acceptlah kannnnnnn.....

N.A    : Kalau bab keje tu xdelah pengaruh tu mmg sbb nk berenti, pasal keje saya mmg dh xboleh pon 
            handle.....Kalau sbb feeling kat awk...yup mmg 100% awklah penyebabnye...

Aku~~~~~~ Buat muka lah kannnssssssss.....smbil berkira2 n memikir2 nk reply ape...nk bg ayat yg baik2 yg x nanti dikatanya aku ini manusia kurang ajar bahasa....eh!!!xsempat replylah.....

receive lg 1 sms....

N.A    : Yelah kalau xjadi semalam mase depan xtau lagi....Awak pon xboleh nk terima saya...kan ade 
             hikmah tu..

Aku    : Hahahhahahhaha....hikmah eh?? Kira oklah awk boley cari yg lain ape...Lagipon awk target nk 
            kawen kan umur 30...banyak masa lagi...carilah yg xkurang ajar mcm saya...carilah yg baik 
            budi pekertinya....barulah sesuai dengan awk yg baik wahai en. N.A.......

N.A    : Saya minta maaf lah yg dulu2 apa saya cakap pasal awak....Kan there is no body but you :-)...
            Awak baiklah.....& mana awak tau saya baik????

Aku    : It's ok....yg lepas biarkan lepas.....=p

N.A    : So mau tahu hikmahnyekan...Awak keje ngan Accrete saya keje ngan company lain boleh
            mengeratkan...hahahahha

Aku    : Hahhahahhahha....Berangan!!!!!!

N.A    : Betullah...Mane ada salah berangan....

Aku    : Jangan diharap pada yg xsudi....Buka hatimu pada yg lain

N. A   : x salah pon mencuba....ST12 kan......

Aku~~~~~~~hah!!!!ST12........lagu ape ek.....

Aku    : =p

N.A    : Yeahh!! Then i take your "=p" as there are still light at the end of tunnel okay...

Aku    : hahahhahahhaha...Perlu ker sampai camtu......xperlu kannnnnn......

N.A    : Perlulah....Mencuba xsalah....Kalau x mencuba kita dapat lampu macam sekarang...hikayat thomas 
             edison....hahahhahahaha

Aku~~~~~~~Serious aku blurrrrrrryyyy.....Thomas Edison?????? Siapakah gerangan kamu wahai en T.E???

Aku    : Takkah hanya membuang masa dengan mencuba sedangkan terang2an dh tau...wahai en N.A 
            berputus asalah kamu pada diri ini....berterus terang diri ini hati ini perasaan ini padamu tiada....
            maaf jika terlalu telus meluahkan isi....

N.A    : sebentar...nak hayati bait2 ayat awak tu dulu....But response awal masih xsalah mennyintai...

receive 1 sms

Aku~~~~~~~hissssshhhhhhhhh mmg xmenyaborlah mamat ni....

N.A    : For now...hati ini perasaan ini tiada...But what about future...Kita ada rukun qada' & qadar untuk 
            dipercayai...Who knows???

Aku    : Benar qada' itu & benar qadar itu...tuhan juga yg menetukan waktu yg hadapan....sukar mungkin 
            bagimu untuk memahami lontaran bahasa mudahku...

N.A    : Pemahaman ku bahasa mudahmu itu tidak...Tapi dirimu masih tidak menolak bahasa imanmu...
            qada' itu & qadar itu...

Aku    : Tiada lagi yg mampu kutuliskan...kuserahkan segala ketentuan pada yg di-ATAS....maafkan diri ini
            andai penantianmu hanya sia2...

N.A    : Sama-samalah kita.....Andai qada' & qadar sebegitu & sebegini ya insyaALLAH ku terima 
            ketentuanNYA....Kuyakini masih x salah jika diri ini mencube.....
           
Aku    : Hahhahahhaha....terpulang pada dirimu wahai teman...



Aku~~~~~~~~~~~~~~Susahkan!!!!


p/s : nt kalau ade mase saya searchlah sape  si en T.E tu....

Thursday, June 2, 2011

Khas Buat Insan Bergelar LELAKI

Andainya Lelaki Tahu :
Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segala di hatinya.



Andainya Lelaki Tahu :
Jika seorang perempuan itu mengatakan bahawa dia sedang bersedih, tetapi tidak mengalirkan air mata. Maknanya dia sedang menangis di dalam hatinya.

Andainya Lelaki Tahu :
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya Lelaki Tahu :
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya Lelaki Tahu :
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya Lelaki Tahu :
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andainya Lelaki Tahu :
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang. Tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andainya Lelaki Tahu :
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai Lelaki Tahu :
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andainya Lelaki Tahu :
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andainya Lelaki Tahu :
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andainya Lelaki Tahu :
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andainya Lelaki Tahu :
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andainya Lelaki Tahu :
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.


Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Terimalah dia seadanya..kerana tak mungkin ada manusia yang sempurna..