Friday, June 27, 2014

Berhabuk,Berdebu.....sigghhhhhhh~~~~`

Assalammualaikum.

Bertahun2 lama no any post.

Busy....kononnya...

hmmmmm...

nk update hape pon xde idea...

see ya!!!


Thursday, June 9, 2011

Susah~~~Susah ker Nak Faham!!

Aku nk merepek ape ni pon aku xtau.....Just nk share ajer...
ahakssssss....

Dalam keadaan yg tenang & santai2....tetiba....AKU....

receive sms........

N.A    : Awk xpaham keadaan saye

Aku~~~~~ ape mamat nie??? ape yg aku xpaham ek??? ni mesti kes smlm....aku baru nk reply die dh call...
Aku~~~~~huh!!! xnyabor2 lah mamat nie.....

(On the phone aku & dia : bla..bla...bla.....ok...ok...tp...bla...bla....ok...bye) = ntah berape minit xingt...

Ingatkan dh abis dh conversation kat phone ade c'tnue ler plaksssss....

receive sms..........

N.A    : Semalam kalau lepas saya antar msj nk resign tu, kalau awk ckp jgn...sy xblik....awk pujuk....Tinggal  
             awk jer kekuatan saya....tp msj yg saya terima x seperti yg saya harapkan...

Aku    : Hahahahahaha.....Tapi saya salah 1 penyebabkan....

N.A    : Saya x salahkan awk...Just nak share jer...Tapi dh xpro dh sebab saya libatkan feeling saya kat  
             awk

Aku    : Hahahhahaha....alah xpelah....benda dh jadi pon kan...so kene acceptlah kannnnnnn.....

N.A    : Kalau bab keje tu xdelah pengaruh tu mmg sbb nk berenti, pasal keje saya mmg dh xboleh pon 
            handle.....Kalau sbb feeling kat awk...yup mmg 100% awklah penyebabnye...

Aku~~~~~~ Buat muka lah kannnssssssss.....smbil berkira2 n memikir2 nk reply ape...nk bg ayat yg baik2 yg x nanti dikatanya aku ini manusia kurang ajar bahasa....eh!!!xsempat replylah.....

receive lg 1 sms....

N.A    : Yelah kalau xjadi semalam mase depan xtau lagi....Awak pon xboleh nk terima saya...kan ade 
             hikmah tu..

Aku    : Hahahhahahhaha....hikmah eh?? Kira oklah awk boley cari yg lain ape...Lagipon awk target nk 
            kawen kan umur 30...banyak masa lagi...carilah yg xkurang ajar mcm saya...carilah yg baik 
            budi pekertinya....barulah sesuai dengan awk yg baik wahai en. N.A.......

N.A    : Saya minta maaf lah yg dulu2 apa saya cakap pasal awak....Kan there is no body but you :-)...
            Awak baiklah.....& mana awak tau saya baik????

Aku    : It's ok....yg lepas biarkan lepas.....=p

N.A    : So mau tahu hikmahnyekan...Awak keje ngan Accrete saya keje ngan company lain boleh
            mengeratkan...hahahahha

Aku    : Hahhahahhahha....Berangan!!!!!!

N.A    : Betullah...Mane ada salah berangan....

Aku    : Jangan diharap pada yg xsudi....Buka hatimu pada yg lain

N. A   : x salah pon mencuba....ST12 kan......

Aku~~~~~~~hah!!!!ST12........lagu ape ek.....

Aku    : =p

N.A    : Yeahh!! Then i take your "=p" as there are still light at the end of tunnel okay...

Aku    : hahahhahahhaha...Perlu ker sampai camtu......xperlu kannnnnn......

N.A    : Perlulah....Mencuba xsalah....Kalau x mencuba kita dapat lampu macam sekarang...hikayat thomas 
             edison....hahahhahahaha

Aku~~~~~~~Serious aku blurrrrrrryyyy.....Thomas Edison?????? Siapakah gerangan kamu wahai en T.E???

Aku    : Takkah hanya membuang masa dengan mencuba sedangkan terang2an dh tau...wahai en N.A 
            berputus asalah kamu pada diri ini....berterus terang diri ini hati ini perasaan ini padamu tiada....
            maaf jika terlalu telus meluahkan isi....

N.A    : sebentar...nak hayati bait2 ayat awak tu dulu....But response awal masih xsalah mennyintai...

receive 1 sms

Aku~~~~~~~hissssshhhhhhhhh mmg xmenyaborlah mamat ni....

N.A    : For now...hati ini perasaan ini tiada...But what about future...Kita ada rukun qada' & qadar untuk 
            dipercayai...Who knows???

Aku    : Benar qada' itu & benar qadar itu...tuhan juga yg menetukan waktu yg hadapan....sukar mungkin 
            bagimu untuk memahami lontaran bahasa mudahku...

N.A    : Pemahaman ku bahasa mudahmu itu tidak...Tapi dirimu masih tidak menolak bahasa imanmu...
            qada' itu & qadar itu...

Aku    : Tiada lagi yg mampu kutuliskan...kuserahkan segala ketentuan pada yg di-ATAS....maafkan diri ini
            andai penantianmu hanya sia2...

N.A    : Sama-samalah kita.....Andai qada' & qadar sebegitu & sebegini ya insyaALLAH ku terima 
            ketentuanNYA....Kuyakini masih x salah jika diri ini mencube.....
           
Aku    : Hahhahahhaha....terpulang pada dirimu wahai teman...



Aku~~~~~~~~~~~~~~Susahkan!!!!


p/s : nt kalau ade mase saya searchlah sape  si en T.E tu....

Thursday, June 2, 2011

Khas Buat Insan Bergelar LELAKI

Andainya Lelaki Tahu :
Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segala di hatinya.



Andainya Lelaki Tahu :
Jika seorang perempuan itu mengatakan bahawa dia sedang bersedih, tetapi tidak mengalirkan air mata. Maknanya dia sedang menangis di dalam hatinya.

Andainya Lelaki Tahu :
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya Lelaki Tahu :
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya Lelaki Tahu :
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya Lelaki Tahu :
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andainya Lelaki Tahu :
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang. Tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andainya Lelaki Tahu :
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai Lelaki Tahu :
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andainya Lelaki Tahu :
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andainya Lelaki Tahu :
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andainya Lelaki Tahu :
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andainya Lelaki Tahu :
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andainya Lelaki Tahu :
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.


Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Terimalah dia seadanya..kerana tak mungkin ada manusia yang sempurna..

Thursday, March 10, 2011

Salahkah Wanita Kerana Lambat Kahwin?

1.  Belum sampai jodoh
- “Kalau ada jodoh, tak ke mana”. Mesti you all dah biasa sgt dengar ayat nie kan, lebih2 lagi dari golongan yang lebih tua.  Semua orang mempunyai jodohnya sendiri, walau di mana pun mereka berada. Kalu jodoh mereka kuat, “Asam di darat, ikan di dalam kuali pun bleh bertemu!”:-   ) So, it’s safe to say that salah satu sebab nape wanita tak kawin2 ialah   kerana mereka ‘belum bertemu jodoh’.

2. Terlalu memilih
- Dulu lain, skrg lain. Dulu, anak2 gadis belasan tahun dah dijodohkan awal2 oleh mak bapak mereka. Si gadis pun tak membantah dengan pilihan mak bapak. Lain pulak dengan wanita zaman moden nie. Fikiran dah maju, katakan dan wanita sudah pandai pilih calon suami yang elok untuk mereka. Tak kisah nak memilih pun… asalkan tak TERLALU memilih. Nie tak, nak tunggu lelaki yang ada harta dan pangkat je untuk datang meminang, si ‘Average Joe’ (lelaki biasa) langsung tak dipandangnya…:-) Cuba lihat sekeiling anda… jika ada jejaka ‘nerd‘ atau ‘geek‘ yg ala-ala Clark Kent gitu… trylah tackle mereka yer… Tak mustahil jika merekalah ‘Super Hero‘ yg anda cari2 selama nie …:-)

3.  Takut dapat suami yang tak baik  
- Nie mungkin menjadi fobia bagi kebanyakan wanita – takut dapat lelaki yang tak baik perangainya. Sememangnya semua wanita mengidamkan suami mithali. Tapi kalu nak cari yang btl2 100% perfect tue memangla susah, kan? Dalam sejuta mungkin takde lagi. Skrg nie pun kalu baca paper, tiap2 hari ada jer kes suami curang, suami dera isteri, suami bunuh isteri pun ader….hishhh… camne wanita tak takut? Memang logik gak la kan kalu ada wanita tak mau kawin sbb takut dapat suami yang mukanya macam mamat di bawah nie…

4.  Pernah putus cinta
- bagi mereka yang pernah putus cinta, you all memang tau camna seksa dan deritanya jiwa raga korang masa tu, kan? Kengkadang, perasaan nie la yg akan menghalang seseorang tue daripada fall in love again. Pada mereka, kalu tak cinta, maka tak deritalah jiwa mereka. Enggan mengulangi kesilapan yang sama, mereka nie rela membujang sampai ke tua…

5.  Tak mau dikongkong
- Kebanyakan wanita sekarang nie suka bebas dan tak suka dikongkong.  Mereka rase jika mereka kahwin, kebebasan mereka akan jadi terbatas. Nak keluar kena mintak kebenaran suami, nak kijer sampai lewat malam pulak kesian kat anak dan suami di rumah, dsb. lagi lah.

6.  Pentingkan kerjaya/karier
- Kadang2, kerjaya pun boleh menyebabkan seseorang wanita itu lupa untuk mendirikan rumahtangga. Jika dibandingkan dengan zaman tok nenek kita dulu, sesetengah wanita zaman moden nie sudah bleh ‘mengalahkan’ lelaki   dalam melakukan apa2 kijer.  Cayalah…! Justeru ada yg lebih mengejar karier/kerjaya daripada lelaki :-) Mungkin gak mereka fikir nak kumpul harta dan tolong famili dulu, and then baru pikir nak settle down. Tapi biasala kan, masa tak   tunggu kiter. Pejam celik, pejam celik, tengok umur dah masuk lewat 30-an atau 40++ dah…  So, wanita berkerjaya (yg belum kawin), renung2 kanlah yer….

7.  Pilihan hati mendapat bantahan keluarga
- Apabila hal nie berlaku, kesudahannya, si gadis sudah tawar hati untuk membina mahligai rumahtangga. Mungkin mereka fikir jika tak dapat kawin dengan calon pilihan hati, baik toksah kawin langsung. Jangan terkejut pulak kerana perkara camnie memang ada berlaku.

8.  Kecewa dengan sikap kebanyakan lelaki
- Sebenarnya, ramai wanita yang kecewa dengan sikap kebanyakan lelaki la nie. Nak tau sikap aper? Apa lagi kalu bukan sikap mereka yg suka pandang kecantikan semata-mata. Ramai wanita di luar sana yg mungkin tak cantik di luar, tapi kebaikan hatinya mak aii… bleh kalahkan beratus-ratus Ratu Cantik Dunia:-) But, sadly to say, most men tak nampak itu semua. So, mungkin gak wanita yang berasa kecewa nie dah jadi malas daa nak pikir pasal kawin. Kalu kawin pun, takut laki akan cari yg lain pulak…yang ada ‘rupa’.  So, baik toksah kawin langsung…


i'll choose no.8...cos of my experience...


Thursday, June 24, 2010

*** $p@GhEttI***

For several years a man was having an affair with an Italian woman.

One night, she confided him that she was pregnant.

Didn't want to ruin his reputation or his marriage, he paid her a large sum of money if she would go back to Italy to secretly to have the child.

If she stayed in Italy to raise the child, he would also provide child support until the child turn 18 years old.

An Italian woman agreed, but asked him how he would know when the baby was born.

To keep it discrete, he told her to simply mail him a postcard, and write "SPAGHETTI" on the back. He would then arrange for the child support payment to begin.

One day, about 9 months later, he came home and saw his wife confused face.

"You received a very strange postcard today”, she said.

"Oh! Just give it to me and i'll explain it later", he replied.

The wife obeyed and watched him. As her husband read the card her husband turned white, and fainted.

On the card was written:




Wednesday, June 23, 2010

LeLaKi & hAdiAh


Lelaki!!!

Lelaki adalah
golongan yang sukar untuk diselami hati dan perasaannya. Sebenarnya lelaki boleh digolongkan dalam beberapa kumpulan antaranya lelaki manja, lelaki macho, lelaki aktif, berjiwa seni dan lelaki sensitif.

Bagi wanita, penting untuk anda mengetahui jenia apakah kekasih anda. Susah sebenarnya hendak menjaga hati kaum yang dianggap gagah ini. Apatah lagi memikirkan apakah hadiah sesuai untuk lelaki kesayangan mereka. Apa kata kita selidiki jenis-jenis lelaki.



LELAKI AKTIF

-Lelaki seperti ini lebih gemar brang-barang seperti dompet, tali pinggang, kasut sukan dan barangan sukan.

-Topi juga sesuai untuk mereka yang aktif bersukan.

-Jam tangan berjenama juga pemeberian yang sesuai untuk mereka yang aktif bersukan. Waktu itu semas!
Sekurang-kurangnya akan melihat jam itu setiap kali ada temu janji.

-Pil vitamin sesuai untuk menambahkan stamina badan.

-Seluar sukan berjenama terkenal huga antara barangan yang mereka suka.

-walkman juga antara hadiah sesuai untuk mereka jenis ini.


LELAKI BERJIWA SENI

-Mereka ini lebih sesuai jika diberi kotak muzik yang mempunyai instrumental yang lembut.

-Kaset atau CD yang mengandungi aluan irama yang lembut dan menhasyikkan. Terutamanya macam lagu cinta ataupun hanya muzik ombak sahaja.

-Lagu-lagu yang diilhamkan oleh pemuzik Jepun Kitaro juga mampumembuatklan sidia terasa tenang dan ingat pada kamu.

-Rasanya….hadiah berupa sehelai sapu tangan dan sekeping foto sudah cukup memadai untuk hadiah lelaki seperti ini.

-Tunjukkan lagu dan ucapan melalui rangkaian radio. Ini membuatkan jiwa lelaki ini semakin romantis.

-Lelaki yang berjiwa seni ini ada kalanya begitu sensitif dengan apa yang diluahkan, jadi apa kata sesekali berikan ungkapan I LOVE YOU sebagai hadiah iringan dihari-hari tertentu.


LELAKI MACHO

-Lelaki macho pula sukakan pemberian yang berunsurkan kejantanan seperti jaket kulit, tempat abu rokok, tali pinggan kulit, memetik api, helmet, beg sandang dan lain-lain.

-Bagi lelaki yang suka menunggang motosikal berkuasa tinggi, hadiahkan mereka helmet berjenama Harley Davidson tentu mereka suka.

-Ataupun hadiahkannya pemetik api yang berjenama.

-Bagi anda yang berkemampuan bolehlah hadiahkannya telefon bimbit selepas itu suruh mereka telefok kamu setiap malam atau….morning call!

-Sesakali carikannya model kapal terbang atau jet pejuang jenis B2 S117 Stealth fighter, S118 Hirnet, S14 Tomcat, helikppter longbow Apache dan sebagainya. Bagaimana pula dengan kaca mata hitam? Tentu anda akan nampak lebih macho dengan cermin mata jenama Ray Ban…itupun jika mampu.


LELAKI MANJA

-Jangan terkejut kalau ada lelaki yang suka teddy bear. Terutamanya yang manja dan berjiwa sensitif. Bagi mereka memeluk teddy bear terutamanya yang bersaiz besar boleh diumpamakan seperti memeluk si buah hati. Paling kurang pun patung tweetie.

-Ada juga yang gemarkan barangan seperti gemarkan pakaian (seluar, t-shirt dan lain-lain)

-Kadang-kadang, lelaki jenis ini sukakan pemberian berupa CD lagu-lagu romantik contohnya nyanyian dari Celine Dion (Because You Loved Me)

-Perfume juga antara berangan yang paling disukai oleh lelaki jenis manja. Haruman yang semerbak boleh membangkitkan rasa sayang yang berpanjangan.

-Kad-kad muzikal yang berbaur cinta mampu membangkitkan nostalgia walaupun tanpa diiringi oleh hadiah yang berharga. Itu sudah cukup memadai asalkan pemberian itu benar-benar ikhlas.

LELAKI SENSITIF

Opss!! Susah juga lelaki yang berjiwa sensitif begitu halus perasaannya. Baginya setiap pemberian yang diberikan itu mempunyai maksud yang tersirat.

-Hadiahkan lelaki sebuah diari. Lelaki biasanya suka menulis dan akan meluahkan perasaannya iyu didalam diari tersebut.

-Lelaki jenis ini lebih kuarang sama dengan lelaki jenis berjiwa seni dan manja. Pemberikan berupa CD dan kad ucapan juga adalah antara pemberian ung sesuai.

-Berikan mereka madah-madah cinta untuk membangkitkan rasa sayang yang berpanjangan. .Isya-Allah boleh berkekalan ke anak cucu.

-Bagilah buku..supaya mereka boleh mengisi masa lapangya dengan membaca.